Sunday, 21 May 2017

PETA DAN SEJARAH

Image result for tasik kenyir map 
Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai KenyirTerengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 260 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.
Pelbagai usaha di pertingkatkan dalam usaha memperkenalkan Tasik Kenyir di peringkat yang lebih tinggi.


Saturday, 20 May 2017

SYARIKAT

Image result for syarikat keropok lekor sedap


KEROPOK LEKOR ENTERPRISE

NO.27,JALAN GAMPANG,KAMPUNG BAKAR SAMPAH 21600 MARANG, TERENGGANU

ENCIK MAN:0123456789

NO. TEL PEJABAT:09-6183767
keropolekorsedap@yahoo.com


Friday, 19 May 2017

TEMPAT-TEMPAT MENARIK



pix gal2
GUA BEWAH DAN GUA TAAT

pix gal3


Berkeluasan 210,000 hektar dengan 38,000 hektar kawasan berair berbentuk tasik buatan terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir nyata antara destinasi pelancongan popu­lar di negara ini.Terbentuk daripada 15 sungai dan 340 pulau pelbagai jenis, panorama hutan hujan tropika yang menjadi rumah kepada beribu-ribu spesies flora dan fauna amat memukau.Kawasan Tasik Kenyir juga dibentuk daripada pelbagai jenis batu-batuan pelbagai usia, mineral, land­skap dan fitur geologi unik hasil proses geologi yang mengambil masa ratusan tahun.
Di sebalik keindahan alam semula jadi di Tasik Kenyir ini, ramai belum mengetahui ia memiliki dua gua yang mempunyai 1001 cerita menarik untuk diterokai.Terletak di dalam kawasan Taman Negara Terengganu, Gua Bewah dan Gua Taat adalah sebahagian bukit batu kapur yang menjadi sebahagian Tasik Kenyir.


GUNUNG GAGAU

Image result for gunung gagau

Gunung Gagau 1376 meter  (4,513 kaki) terletak bersebelahan Taman NegaraPahang Darul Makmur. Gunung ini menjadi titik sempadan antara negeri PahangTerengganu dan Kelantan.Gunung Gagau mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.Gunung Gagau boleh didaki melalui Taman Negara di Kuala Tahan. 8 jam menaiki bot di Sungai Tembeling dan 1 jam nelalui Sungai Sat di Kuala Klapor dan 1 jam lagi ke base kem di Gagau. Dari kem Gagau mendaki ke puncak Gunung Gagau mengambil masa sehari sahaja.Keseluruhan perjalanan dari Kuala Tahan ke Gunung Gagau pergi dan balik mengambil masa 6-7 hari. Gunung ini lebih mudah didaki berbanding dengan Gunung Tahan.Anda boleh lihat binatang liar yang dipanggil tapir. Sesetengah tempat memanggilnya cipan atau tenok.Sebelum mendaki pastikan anda memndapat kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara dan mestilah ada jurupandu ke puncak. Warden Taman Negara akan memberi nasihat tentang bot dan jurupandu.



AIR TERJUN LASIR

Image result for air terjun lasir

Air Terjun Lasir adalah air terjun yang paling popular di Tasik Kenyir. Untuk ke Air terjun lasir, kita perlu menaiki houseboat. Ia mengambil masa antara 2-3 jam untuk tiba di sana.Kemudahan seperti jeti, tandas, tapak perkhemahan, jabatan gantung dan laluan jungle trecking telah disediakan.Aktiviti menarik yang boleh buat di air terjun lasir adalah jungle trecking, mandi air terjun, mandi tasik, fotografi, berkhemah, berkayak dan lain-lain lagi



TAMAN HERBA


Taman Herba yang terletak di Pulau Sah Kecil Tasik Kenyir merupakan taman herba yang di dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH ). Menyedari tanaman herba diakui berkhasiat untuk kesihatan dan banyak herba telah dikomersialkan dan mendapat sambutan baik orang ramai Pulau Sah Kecil yang berkeluasan 15.84 hektar ini lebih dari 200 jenis herba yang ditanam dan hidup secara semulajadi hidup subur di sini. Taman Herba ini terlekat kira-kira 7Km perjalanan dari Pengkalan Gawi iaitu pintu masuk utama pengunjung ke Tasik Kenyir. Pengunjung yang ingin mencuba merasa khasiat herba yang baru dimasak oleh penyelidik bolehlah merasa herba segar yang baru dihasilkan dari taman ini. Herba yang paling popular ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mas Contek, Kayu Manis, Sekentut dan sebagainya. Sesiapa yang ingin menguatkan tenaga batin bolehlah mencuba renehan "Tongkat Ali" yang terasa pahit dan kelat tetapi memberi tenaga tambahan yang diakui berkhasiat. Mas Contek pula mempunyai rasa seakan-akan teh cina yang mampu menghilangkan sengal-sengal badan dan mencergaskan badan sesiapa yang mengamalkanya. Pengunjung boleh menikmati minuman herba ini dengan berihat sebentar di Pondok Harmoni yang disediakan di taman ini.


SANTUARI KELAH SUNGAI PETANG


Ikan kelah

Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Sejak Santuari Kelah ini di buka, tempat ini terus menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke Tasik Kenyir.Selain menjadi daya tarikan pelancong, Santuari Kelah Sungai Petang juga sesuai dijadikan lokasi untuk kegiatan kaji selidik, pembangunan dan penyelidikan (R&D), malah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan orang ramai dengan mempelajari mengenai spesies Kelah.Perkara yang paling menyeronokkan adalah apabila tiba di Santuari Kelah ini, selain melihat ikan kelah yang banyak, anda boleh mandi manda sambil bermain dengan ikan kelah, memberi ikan kelah makan dan boleh mencium ikan kelah sekali.Apabila dipegang, ikan-ikan berkenaan memberikan tindak balas yang lembut, walaupun badan ikan kelah itu licin, namun pengunjung masih boleh memegangnya dan ia satu pengalaman yang amat menyeronokkan.








Thursday, 18 May 2017

MAKANAN

KERPOK LEKOR

Image result for keropok lekor malay wiki

Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentelpanjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu.



NASI DAGANG

Image result for NASI DAgang

Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.


IKAN SINGGANG

Image result for ikan singgang

Di sesetengah negeri mungkin lauk ikan singgang lebih dikenali dengan masakan lauk pindan.Namun kalau di Terengganu mahu pun Kelantan, lauk berkuah jernih ini lebih sinonim dengan nama singgang.Asa protein untuk membuat lauk singgang tidak tertakluk kepada ikan sahaja bahkan ada yang menggunakan sotong da nada juga meggunakan daging lembu.

Wednesday, 17 May 2017

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK

MENGELILINGI TASIK KENYIR

Image result for TASIK KENYIR

Bagi yang ingin mengelilingi Tasik Kenyir boleh berbuat demikian dengan menyewa bot dari Ketengah. Kadar sewa antara RM450 dan RM600. Houseboat atau Rumah Bot adalah sebuah bot bersaiz besar yang dilengkapi pelbagai kemudahan yang lengkap termasuk katil, dapur, bilik air, peti sejuk, ruang menonton televisyen, ruang tamu dan ruang makan yang pastinya membuatkan anda merasa selesa seperti berada di rumah sendiri. 




MEMANCING

Image result for memancing di tasik kenyir

Tasik Kenyir menjadi lubuk pelbagai spesies ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang ada di sini ialah Ikan Toman, Baung, Sebarau, Kaloi, Kelah, Tapah, Lampam dan Kelisa. Umpan tertentu diperlukan untuk memancing di Tasik Kenyir seperti buah-buah kelapa sawit yang diperam bersama bahan-bahan tertentu, umpan anak ikan hidup, palet dan sebagainya. Antara lokasi memancing popular di Tasik Kenyir ialah di sekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu, Sungai Tembat dan Sungai Leban Terengganu. 



MERENTAS HUTAN


Kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang. 





Tuesday, 16 May 2017

TEMPAT PENGINAPAN


Tasik Kenyir turut menyediakan penginapan kepada pengunjung dengan harga berpatutan mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Dari jenis banglo, chalet, bilik dan dom, setiap penginapan menjanjikan kepuasan kepada pengunjung dan berbaloi dengan harga dibayar.Salah satunya ialah:
KENYIR SANCTUARY RESORT

 Image result for kenyir sanctuary resort

Kenyir Sanctuary Resort Pulau Poh, Tasik Kenyir, D/A Box 24, Pejabat Pos Kuala Berang, 27100 Kuala Berang, Terengganu. 
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504