KERPOK LEKOR
Keropok lekor atau
keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung
Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Perkataan
"Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu
yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku
kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok
diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam.
Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan
tersebut akan diuli dan digentelpanjang bertali, sebelum direbus didalam air
panas.Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan
berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.Keropok
lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos
cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di
beberapa negeri lain selain Terengganu.
NASI DAGANG

Nasi Dagang merupakan
hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang
Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan
dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi
dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah
kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan
tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga
disediakan.Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai
satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan
tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.
IKAN SINGGANG

Di sesetengah
negeri mungkin lauk ikan singgang lebih dikenali dengan masakan lauk
pindan.Namun kalau di Terengganu mahu pun Kelantan, lauk berkuah jernih ini
lebih sinonim dengan nama singgang.Asa protein untuk membuat lauk singgang
tidak tertakluk kepada ikan sahaja bahkan ada yang menggunakan sotong da nada juga
meggunakan daging lembu.
No comments:
Post a Comment