MENGELILINGI TASIK KENYIR

Bagi yang ingin mengelilingi Tasik Kenyir boleh berbuat demikian dengan
menyewa bot dari Ketengah. Kadar sewa antara RM450 dan RM600. Houseboat atau Rumah Bot
adalah sebuah bot bersaiz besar yang dilengkapi pelbagai kemudahan yang lengkap
termasuk katil, dapur, bilik air, peti sejuk, ruang menonton televisyen, ruang
tamu dan ruang makan yang pastinya membuatkan anda merasa selesa seperti berada
di rumah sendiri.
MEMANCING
Tasik Kenyir menjadi lubuk pelbagai spesies ikan air tawar. Antara
spesies ikan air tawar yang ada di sini ialah Ikan Toman, Baung, Sebarau,
Kaloi, Kelah, Tapah, Lampam dan Kelisa. Umpan tertentu diperlukan untuk
memancing di Tasik Kenyir seperti buah-buah kelapa sawit yang diperam bersama
bahan-bahan tertentu, umpan anak ikan hidup, palet dan sebagainya. Antara
lokasi memancing popular di Tasik Kenyir ialah di sekitar Sungai Cacing, Sungai
Terengganu, Sungai Tembat dan Sungai Leban Terengganu.
MERENTAS HUTAN

Kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai
spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid
eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang.
No comments:
Post a Comment