
GUA BEWAH DAN GUA TAAT

Berkeluasan
210,000 hektar dengan 38,000 hektar kawasan berair berbentuk tasik buatan
terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir nyata antara destinasi pelancongan popular
di negara ini.Terbentuk
daripada 15 sungai dan 340 pulau pelbagai jenis, panorama hutan hujan tropika
yang menjadi rumah kepada beribu-ribu spesies flora dan fauna amat memukau.Kawasan
Tasik Kenyir juga dibentuk daripada pelbagai jenis batu-batuan pelbagai usia,
mineral, landskap dan fitur geologi unik hasil proses geologi yang mengambil
masa ratusan tahun.
Di
sebalik keindahan alam semula jadi di Tasik Kenyir ini, ramai belum mengetahui
ia memiliki dua gua yang mempunyai 1001 cerita menarik untuk diterokai.Terletak
di dalam kawasan Taman Negara Terengganu, Gua Bewah dan Gua Taat adalah
sebahagian bukit batu kapur yang menjadi sebahagian Tasik Kenyir.
GUNUNG GAGAU

Gunung Gagau 1376
meter (4,513 kaki) terletak bersebelahan Taman Negara, Pahang Darul
Makmur. Gunung ini menjadi titik sempadan antara negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.Gunung
Gagau mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane.
Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.Gunung Gagau boleh
didaki melalui Taman Negara di Kuala Tahan.
8 jam menaiki bot di Sungai
Tembeling dan 1 jam nelalui Sungai Sat di Kuala Klapor dan 1 jam lagi ke base
kem di Gagau. Dari kem Gagau mendaki ke puncak Gunung
Gagau mengambil masa sehari sahaja.Keseluruhan perjalanan dari Kuala Tahan ke Gunung
Gagau pergi dan balik mengambil masa 6-7 hari. Gunung ini lebih mudah
didaki berbanding dengan Gunung Tahan.Anda
boleh lihat binatang liar yang dipanggil tapir. Sesetengah tempat
memanggilnya cipan atau tenok.Sebelum mendaki
pastikan anda memndapat kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara dan mestilah ada
jurupandu ke puncak. Warden Taman Negara akan memberi nasihat tentang bot dan
jurupandu.
AIR TERJUN LASIR
Air Terjun Lasir adalah
air terjun yang paling popular di Tasik Kenyir. Untuk ke Air terjun lasir, kita
perlu menaiki houseboat. Ia mengambil masa antara 2-3 jam untuk tiba di sana.Kemudahan
seperti jeti, tandas, tapak perkhemahan, jabatan gantung dan laluan jungle trecking
telah disediakan.Aktiviti menarik yang boleh buat di air terjun lasir adalah jungle trecking,
mandi air terjun, mandi tasik, fotografi, berkhemah, berkayak dan lain-lain
lagi
TAMAN HERBA

Taman
Herba yang terletak di Pulau Sah Kecil Tasik Kenyir merupakan taman herba yang
di dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ( KETENGAH ). Menyedari
tanaman herba diakui berkhasiat untuk kesihatan dan banyak herba telah
dikomersialkan dan mendapat sambutan baik orang ramai Pulau Sah Kecil yang
berkeluasan 15.84 hektar ini lebih dari 200 jenis herba yang ditanam dan hidup
secara semulajadi hidup subur di sini. Taman Herba ini terlekat kira-kira 7Km
perjalanan dari Pengkalan Gawi iaitu pintu masuk utama pengunjung ke Tasik
Kenyir. Pengunjung yang ingin mencuba merasa khasiat herba yang baru dimasak
oleh penyelidik bolehlah merasa herba segar yang baru dihasilkan dari taman
ini. Herba yang paling popular ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mas Contek,
Kayu Manis, Sekentut dan sebagainya. Sesiapa yang ingin menguatkan tenaga batin
bolehlah mencuba renehan "Tongkat Ali" yang terasa pahit dan kelat
tetapi memberi tenaga tambahan yang diakui berkhasiat. Mas Contek pula
mempunyai rasa seakan-akan teh cina yang mampu menghilangkan sengal-sengal
badan dan mencergaskan badan sesiapa yang mengamalkanya. Pengunjung boleh
menikmati minuman herba ini dengan berihat sebentar di Pondok Harmoni yang
disediakan di taman ini.
SANTUARI KELAH SUNGAI PETANG

Santuari
Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Sejak Santuari
Kelah ini di buka, tempat ini terus menjadi tumpuan para pelancong yang datang
ke Tasik Kenyir.Selain menjadi daya tarikan pelancong, Santuari Kelah Sungai
Petang juga sesuai dijadikan lokasi untuk kegiatan kaji selidik, pembangunan
dan penyelidikan (R&D), malah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan orang
ramai dengan mempelajari mengenai spesies Kelah.Perkara yang paling
menyeronokkan adalah apabila tiba di Santuari Kelah ini, selain melihat ikan
kelah yang banyak, anda boleh mandi manda sambil bermain dengan ikan kelah,
memberi ikan kelah makan dan boleh mencium ikan kelah sekali.Apabila dipegang,
ikan-ikan berkenaan memberikan tindak balas yang lembut, walaupun badan ikan
kelah itu licin, namun pengunjung masih boleh memegangnya dan ia satu
pengalaman yang amat menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment